Laman Utama > Resipi > Gulai Lemak Ketam

Resepi Ketam

Gulai Lemak Ketam

by | 28 Jan 2023 | Resepi Ketam

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share cara-cara nak masak GULAI LEMAK KETAM utara style. Barang-barang dia sempoi saja, mudah dan murah, tapi SEDAP.

Kuah dia PEKAT, LIKAT dan MEMIKAT. Resipi ni bagi Cheq Na sesuai sangat dimakan dengan nasi putih. Resipi ni tak pedas, budak-budak pun boleh makan. Rasa manis dari nenas campur dengan santan bersama rempah kari yg buat rasa sedap tu. JOM cer cuba try menu Cheq Na kali ni.

Kad Resipi Cheq Na

Gulai Lemak Ketam

BAHAN-BAHAN

  • 400 gram ketam
  • 5 camca besar serbuk kari ikan masin Baba’s
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 kotak 250ml santan
  • 1/2 biji nenas
  • Gula
  • Garam

CARA MEMASAK

  • Mula-mula kita potong bawang dan bawang putih. Potong kecil-kecil.
  • Lepas tu kita tumbuk guna lesung batu. Tumbuk agak-agak, kita tak mau dia hancur sangat.
  • Dalam bekas baru, masukkan 5 sudu besar serbuk kari ikan masin. Lepas tu, masukkan bawang dan bawang putih yang kita tumbuk tadi ke dalam bekas itu.
  • Tuang sedikit air ke dalam bekas dan kacau bagi dia sebati.
  • Panaskan kuali dan tuangkan rempah kita buat tadi ke dalam kuali. Masukkan sedikit air lagi dan kacau.
  • Kacau selama 5-8 minit sampai rempah kita masak. Lepas rempah kita dah masak dan kering, barulah kita masukkkan ketam.
  • Biarkan dia mendidih sekejap dan selepas tu baru masukkan nenas dan kacau.
  • Bila dah nampak kering sikit, baru kita masukkan santan pekat dan kacau lagi.
  • Masa peringkat ni kita kena kacau selalu sebab kita tak mau dia berpecah minyak. Bagi dia mendidih sekejap.
  • Lepas dia mendidih, masukkkan  sedikit garam dan gula. Kacau lagi and DAH SIAP!!

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Memang senang sangat nak buat resipi ni. Barang-barang dia pun mudah sangat nak dapat. Untuk orang yang mula-mula nak start masak ni, Cheq Na rekemen resipi ini lah. Pasti terangkat punya!. Hah … cubalah, jangan tak cuba”

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Bwg2 ditumbuk dgn lesong batu memang rasa masakan menyerlah kemanisan citarasanya tambahan pula tumisan rempah yg harum dan curahan santan nyior yg pekat member I seri dan rasa yg lebih lazat dan lemak dgn sentuhan ketam Segar yg Manis dan titisan garam dan gula menjadikan rasa lebeh sedap da now kow

Mariam Abdullah

My favourite…ayuh msk bersama Cheq Na…

Jalilah Alias

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

No Results Found

The page you requested could not be found. Try refining your search, or use the navigation above to locate the post.

Last updated on 24 Januari 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI