Laman Utama > Resipi > Kuah Roti Canai

Resepi Malaysia

Kuah Roti Canai

by | 16 Jul 2023 | Resipi Malaysia

Untuk menu kali ini, Cheq Na nak kongsikan cara-cara nak buat kuah roti canai iaitu kuah dal dan kuah sardin.

Kuah roti canai ini ada bermacam-macam jenis mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing. Setiap kali kita ke restoran mamak, kita akan dihidangkan dengan kuah yang berbeza rasanya dari satu restoran ke restoran yang lain. Bagaimanapun, kuah Dal adalah kuah yang wajib dihidangkan bersama roti canai.

Kad Resipi Cheq Na

Kuah Roti Canai

BAHAN-BAHAN

Untuk kuah Dal, bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • 1 1/2 cawan kacang dal (Siap direbus)
  • 2-3 tangkai daun kari
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Sedikit air asam jawa
  • 3-4 batang kulit kayu manis
  • Tepung gandum (bancuh dengan sedikit air)
  • 2 1/2 camca serbuk kari daging
  • 1 camca besar serbuk cili
  • 2 camca besar susu pekat
  • Air
  • Minyak masak

Untuk kuah sardin, bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  • Sardin dalam tin
  • 7 biji ubi keledek
  • 2 1/2 camca besar serbuk cili
  • 4 biji bawang besar
  • Sedikit air asam jawa
  • Minyak masak

CARA MEMASAK

Cara nak buat kuah dal:

  • Mula-mula kita potong bawang, halia dan bawang putih. Potong kecil-kecil, nanti kita akan tumis dia.
  • Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, bawang, daun gulai, bawang putih dan halia. Masak sampai nampak garing.
  • Perlahankan api, masukkan serbuk cili serta serbuk kari daging dan kacau. Pada masa yang sama, tuang sedikit air dan kacau lagi. Biarkan sampai kuah kita pecah minyak.
  • Bila dah pecah minyak, masukkan dal dan sedikit air. Kacau sebati. Biarkan sampai dal kita mendidih.
  • Bila dah nampak mendidih, tuang sedikit air asam jawa.
  • Untuk pekatkan kuah dal, masukkan campuran tepung dan kacau sebati.
  • Masukkan susu pekat dan kacau. Perasa dengan sedikit garam, dan kacau …

Cara nak buat kuah sardin:

  • Mula-mula potong bawang dan ubi keledek, potong kecil-kecil.
  • Panaskan minyak dan tumis bawang sampai garing. Masukkan serbuk cili dan kacau. Pada masa yang sama, tuang sedikit air dan kacau.
  • Masukkan ubi keledek. Tuang sedikit air untuk bagi ubi keledek tu menjadi empuk. Biarkan sampai dia mendidih.
  • Tuang sedikit air asam jawa dan sardin. Masukkan sedikit air dan kacau.
  • Bila dah mendidih, perasa dengan sedikit garam. Dah siap dah …

 

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Memang sedap sangat kalau makan dengan roti canai. Kena pandai agak-agak pedas, masam dan masin

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Terima kasih Cik Na perkongsian2 nya.Semoga sihat2 selalu. In syaa Allah, memang saya kena cuba resepi2 cik Na ni, tengok aje pun dah sedap. 💖dari Singapura🇸🇬

Rahimah Abdul Hamid

Saya dah cuba kuah parpu tu.. Menjadi.. Sedap cikna. Kna pandai agak rasa masam manis n masinnya.. Macehcikna share resepi

Siti Nora

Sambal sardin tuuuu, pergh.!!!!! Nalar punya combination ….

Jalilah Alias

Cheq Na, now I can cook Kuah Dal and Sardine terimakasih from your recipe and mudah rejeki

Sirc Ramu

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Roti Canai

Roti Canai

Roti canai ini adalah makanan yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan ianya adalah sebagai makanan ruji untuk sarapan rakyat Malaysia.

Mee Goreng

Mee Goreng

Mee goreng ni cukup sinonim dengan menjadi orang Malaysia. Kalau tak tahu mee goreng atau tak pernah makan mee goreng ni, memang bukan orang Malaysia lah jawapnya.

Sengkuang Calit

Sengkuang Calit

Sengkuang calit ini selalunya dimakan di waktu tengahari, selalunya selepas lunch. Sengkuang calit ini amat popular pada sekitar tahun 80an dan 90an di kalangan budak-budak sekolah.

Last updated on 16 Julai 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI