Laman Utama > Resipi > Ayam Varuval 

Resepi Ayam

Ayam Varuval

by | 16 Jul 2023 | Resepi Ayam

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share cara-cara nak masak AYAM VARUVAL. Ayam Varuval adalah di antara masakan popular di kalangan masyarakat India Selatan.

Ayam Varuval ini dimasak dengan bahan rempah ratus dan ianya tidak berkuah dan kering. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik dengan daun pisang.

Kad Resipi Cheq Na

Ayam Varuval

BAHAN-BAHAN

Bahan Tumis:

  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 3 helai daun bay
  • 3-4 tangkai cili kering
  • 1/2 camca kecil jintan manis
  • Minyak masak
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 biji bawang putih
  • 2 biji bawang besar 
  • 2 inci halia
  • 4 biji cili melaka (Sampingan)

_______________________________

  • 1 biji tomato
  • Sedikit daun ketumbar (potong kecil-kecil)
  • Ayam
  • 1 keping lemon
  • 1 camca besar serbuk kunyit
  • 2 camca besar serbuk kari daging
  • 1 camca besar serbuk jintan manis
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1 camca besar serbuk cili
  • 1 camca besar serbuk jintan putih
  • 1 camca besar serbuk lada hitam
  • 1 camca kecil gula 
  • 1/2 camca kecil garam

CARA MEMASAK

  • Gaul sebati ketulan ayam dengan serbuk kunyit dan lemon. Perap ayam selama 15 – 30 minit.
  • Potong tomato dan bawang besar. Potong kecil-kecil.
  • Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan, daun bay, jintan putih, jintan manis dan cili kering.
  • Masukkan daun kari dan kacau. Bila dah nampak garing, masukkan bawang besar dan masak. Biarkan sampai dia garing.
  • Masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk ke dalam kuali. Masukkan cili melaka dan tumis kesemua bahan sehingga naik bau.
  • Masukkan perapan ayam dan kacau sekata, lalu masak sehingga kering air ayam serta pecah minyak.
  • Perlahankan api dan masukkan serbuk kari daging, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili dan serbuk lada hitam dan kacau bagi sebati.  Tambah sedikit air dan kacau. Masak sampai kuah pekat dan kering.
  • Tabur potongan daun ketumbar dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Dah siap dah …

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Inilah cara mudah dan sedap untuk masak resepi restoran mamak ni, komenlah dekat bawah jadi ka tak jadi …

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Bismillahirohmanirohimmm AllahuAkbar….Nampak pon memang sedapp…..Thanks for sharing

Zie Surprenant

Tq so much Cheq Na.. nampak sungguh mudah caranya

Noor Azmin Abdul Aziz Noor Azmin Abdul Aziz

Terbaik resepi che na..Dari alor setaq

Fisol Shuib

Wokey, Cheq Na, sedap tak terkata ni,mesti nk cuba cara CheqNa….

Jalilah Alias

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah ni selalunya sedap dimakan dengan nasi minyak. Selalunya dihidangkan di majlis-majlis kenduri. Rasanya yang tak pedas dan manis menyebabkan budak-budak pun boleh makan.

Dalca Ayam

Dalca Ayam

Sesuai sangat dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan tak lupa juga, capati dan roti canai. Dalca ni ada macam-macam sayur-sayuran di dalamnya, sesuai sangat untuk budak-budak makan sebab tak terasa sangat sayuran dia sebab dah dimasak bersama dan dijadikan kuah. Lagi pun dia tak pedas. 

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

Ayam masak kicap ni antara menu yang mudah dan murah untuk disediakan. Kos dia yang agak minimum, tapi rasa dia terlajak sedap. Memang dah terbukti sedap masakan ayam masak kicap ni. Suami dan anak-anak Cheq Na memang suka sangat menu ni. Jom kita tengok kad resipi untuk kita sediakan resipi ayam masak kicap ni …

Last updated on 16 Julai 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI