Laman Utama > Resipi > Ikan Goreng Masala

Resepi Ikan

Ikan Goreng Masala

by | 12 Apr 2023 | Resepi Ikan

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share cara-cara nak masak IKAN GORENG MASALA.

Ikan Goreng Masala adalah di antara masakan popular di kalangan masyarakat India. Ikan Goreng Masala ini dimasak dengan bahan rempah ratus dan ianya tidak berkuah dan kering. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik dengan daun pisang.Β 

Kad Resipi Cheq Na

Β Ikan Goreng Masala

BAHAN-BAHAN

  • 1 camca kecil serbuk cili
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • 1 camca kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 camca kecil garam
  • 1 camca kecil serbuk garam masala
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • Ikan grup-grup
  • 5 tangkai cili kering
  • 4 tangkai daun kari
  • Air
  • Minyak masak

CARA MEMASAK

  • Gaul ikan dengan garam, bawang putih dan bawang merah, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk garam masala dan sedikit air. Perap selama 1 jam.
  • Panaskan minyak dan goreng ikan sampai menjadi warna perang.
  • Goreng cili kering dan daun kari dan gaul dengan ikan goreng tadi. Dah siap dah … senang ja kan 😊

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“5 minit saja nak masak resepi ni, senang sangat!”

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Tksh..cheq Na.Β πŸ‘ŒΒ πŸ‘ŒΒ πŸ‘

Idris Che Din

Sedap ni , Cheq Na ….

Jalila Halias

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

2 Comments

  1. Jas

    I have tried some of your recipes like vadey and fish curry for iftar and turned out delicious. Thanks for your efforts and kindness.

    Reply
    • Cheq Na

      Welcome. Thank you for trying and giving me positive comment in here. Good words travel very far 😊

      Reply

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Gulai Ikan Masin

Gulai Ikan Masin

Memang dah terbukti sedap masakan ni bersama dengan nasi putih campur pulak dengan sambal belacan, memang terangkatlah. Resipi ni tak pedas sangat, so budak-budak pun boleh makan.

Kari Ikan Mamak

Kari Ikan Mamak

Kari ikan mamak ni cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Kari ini sedap dimakan dengan nasi putih dan boleh dijadikan juga sebagai pencicah kepada lempeng atau roti. Resipi ni sangat popular di restoran mamak.

Gulai Ikan Nyok Nyok

Gulai Ikan Nyok Nyok

Dalam resipi gulai ikan nyok nyok ni Cheq Na ada masukkan tomato, tapi boleh digantikan juga dengan sayur terung jika sekiranya hangpa semua tak makan tomato. Resipi ni sangat popular di utara tanah air seperti di Kedah, Perlis dan Penang.

Last updated on 12 April 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI