Laman Utama > Resipi > Kuih Cara

Resepi Kuih-Muih

Kuih Cara

by | 16 Jul 2023 | Kuih Muih

Kuih Cara adalah kuih tradisional Melayu yang sangat disukai ramai terutamanya di bulan puasa. 

Terdapat 2 jenis kuih cara; manis dan berlauk. Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap. Kuih cara ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut dan boleh dijadikan sebagai hidangan minum petang.

Kad Resipi Cheq Na

Kuih Cara

BAHAN-BAHAN

  • 7-8 helai daun pandan
  • 2 1/2 camca besar marjerin
  • Gula secukupnya
  • 2 camca besar susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 1/2 cawan santan pekat
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1/2 camca kecil garam
  • Acuan kuih cara

CARA MEMASAK

  • Potong daun pandan dan kisar dengan sedikit air, kemudian tapiskan.
  • Masukkan telur, santan pekat, marjerin, susu pekat, garam, pewarna hijau, tepung gandum dan air tapisan pandan tadi. Kacau hingga sebati.
  • Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.
  • Panaskan acuan khas untuk kuih cara, sapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.
  • Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah dipanaskan.
  • Tabur gula ditengahnya. Tutup acuan dengan tudung periuk, tunggulah hingga masak. Gunakan api yang perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit di bawahnya.
  • Apabila permukaan kuih dah masak, angkat dan sejukkan di atas pinggan. Dah siap dah …

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Kuih cara ni memang sedap, anak-anak Cheq Na pun suka …

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Slm che na, moga che na chat walafiat.semua resepi che na sedap2 belaka.saya nk cuba semua resepi che na bole ya.trm kaseh che na.

Zainon Halip

Pandai no Cheq Na ni masak, bukan senang nak buat ni, cucuq orang lama lama…sedap no…

Shakila Satar

Lemak berkrim laa kuih cara , Cheqna ni, berkat resipi org lama naa, harus di teruskan.

Jalilah Alias

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Cucur Udang

Cucur Udang

Cucur udang ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato.

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

Pineapple Tart

Pineapple Tart

Tart Nenas ini selalu dihidang pada musim perayaan dan pada masa ini, Tart Nenas dah menjadi macam ‘all times snack’ sebab dah tak payah tunggu musim perayaan baru untuk menikmatinya macam bahulu dan dodol juga.

Last updated on 17 April 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI