Laman Utama > Resipi > Roti Canai

Resepi Malaysia

Roti Canai

by | 16 Jul 2023 | Resipi Malaysia

Roti canai ini adalah makanan yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Tak payah nak diperkenalkan sangat roti canai ni, semua orang tau … kalau tak pernah tau, memang bukan rakyat Malaysia la tu jawabnya 🥴

Boleh dikatakan ianya adalah sebagai makanan ruji untuk sarapan rakyat Malaysia. Bukan sahaja sarapan, malah ianya cukup sesuai dimakan pada bila-bila masa. Asal roti canai ini adalah dari Chennai di India dan ianya di namakan Canai sebagai ganti nama Chennai. Ianya amat sedap di makan bersama kuah dal, kuah kari ikan dan kuah sambal ikan bilis. Teringat pun dah terliur dah 🤤

Kad Resipi Cheq Na

Roti Canai

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 camca besar gula
  • 4 camca besar susu pekat
  • 1 camca besar garam
  • Minyak masak
  • 1 biji telur ayam
  • Air
  • Marjerin secukupnya
  • Tin susu kosong
  • Talam atau dulang
  • Hot pan atau kuali

CARA MEMASAK

  • Untuk sukatan air, guna tin susu kosong. Campurkan air, garam dan susu pekat di dalam satu bekas. Kacau hingga sebati.
  • Tuang ke dalam bekas baru. Masukkan telur dan kacau sebati.
  • Kemudian, masukkan tepung gandum dan uli. Kalau nampak keras, masukkan sedikit air. Kita tak mahu dia terlalu lembut atau terlalu keras. Uli selama 15-20 minit.
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas doh telah siap dibuat, tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan selama 20 minit.
  • Selepas 20 minit, uli doh lagi selama 5-10 minit. Tutup dengan kain yang lembab dan rehatkan lagi selama 15 minit.
  • Buatkan doh menjadi bulat kecil. Salutkan dengan marjerin untuk mengelakkan doh dari melekat. 
  • Letak plastik di atas doh dan biarkan selama 5-8 jam.
  • Guna talam besar, letak sedikit minyak di atas talam. Ambil roti canai dan guna tapak tangan untuk ratakan roti canai tersebut.
  • Tarik roti canai dari tengah dan tarik sehinga doh menjadi nipis. Letakkan sedikit minyak di atas doh dan simpulkan.
  • Tekan roti di tengah dah ratakan roti canai. Pada masa yang sama, panaskan hot pan dengan sedikit minyak (Kalau tak ada hot pan guna je kuali)
  • Bila dah siap tekan roti canai, masak di atas hot pan. Api jangan terlalu kuat. Ikut selera sendiri nak buat yang biasa atau yang garing.
  • Bila roti canai dah masak, angkat dan ketepikan.
  • Tepuk roti canai menggunakan tangan. Inilah rahsia untuk bagi roti canai kita lembut.(kalau tidak tahan panas, biarkan seketika, baru boleh tepuk)
  • Dah siap dah … 😋

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

Harap video Cheq Na ni dapat memberi manfaat kepada ramai orang lagi di luar sana. Cheq Na cuma buat apa yang termampu saja. Try lah cara Cheq Na, In Sha Allah tak menyesal punya

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

This Chef Cheq Na is totally different …her unique style of her own…not copyright…not duplicate and every ways of her excellent cooking skill brings great inspiration to us….Ya Allah kau memberkati hambamu ni dn dgn rahmatmu agar Chef Cheq Na sihat dn pnjang umur bgi kita semua memperolehi ilmu masakannya.Amiinx3Yarabilla’alamin.

Shamsudin Abdullah

I made and the Roti Canai is so, so good. Thanks for giving the real recipe. We all loved it so much. Thanks again. Happy Cooking !

Rebecca Foo

Terbaik Che Na… Stgh org yg mahir wt roti canai ni resepi secret kate nye… Che Na mmg xde secret² ye, berkat Ilmu yg dikongsi utk org2 kt luar sne…Alhamdulillah, semoga melimpah2 rzki Che Na sekeluarga…🙏

Sis Oshyin

Finally a perfect roti canai resepi. Terima kasih Cheq Na🙏 😋 👍 Dah lama tinggal luar negeri rindu betul roti canai. Love your YouTube channel 💖

Azian Rizal

Terima kasih Cik Na bg petua dan resepi….la ni jgk Chek nak pi uli utk buat sarapan esok ..semoga Allah sentiasa rahmati dan limpahi rezki yg luas buat Cik Na sekeluarga..Aamiin❤️ 🥰

Sariza Sabarudin

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuah Roti Canai

Kuah Roti Canai

Setiap kali kita ke restoran, kita akan dihidangkan dengan kuah yang berbeza rasanya dari satu restoran ke restoran yang lain. Kuah roti canai ini ada macam-macam jenis mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing.

Mee Goreng

Mee Goreng

Mee goreng ni cukup sinonim dengan menjadi orang Malaysia. Kalau tak tahu mee goreng atau tak pernah makan mee goreng ni, memang bukan orang Malaysia lah jawapnya.

Sengkuang Calit

Sengkuang Calit

Sengkuang calit ini selalunya dimakan di waktu tengahari, selalunya selepas lunch. Sengkuang calit ini amat popular pada sekitar tahun 80an dan 90an di kalangan budak-budak sekolah.

Last updated on 16 Julai 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI