Laman Utama > Resipi > Mee Goreng

Resepi Malaysia

Mee Goreng

by | 16 Jul 2023 | Resipi Malaysia

Di dalam resepi kali ini, Cheq Na nak ‘share’ macam mana nak buat mee goreng jadi sedap ๐Ÿ˜‹

Mee goreng ni cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Kalau tak tahu mee goreng atau tak pernah makan mee goreng ni, memang bukan orang Malaysia lah jawapnya. Mee goreng ni memang menu yang akan ada di mana-mana restoran di Malaysia ni, baik di restoran-restoran mahu pun di kaki-kaki lima. Kira, kalau pi nak makan kat luar sana dan tak tau nak order apa, order saja mee goreng.

Kad Resipi Cheq Na

Mee Goreng

BAHAN-BAHAN

  • 1 pek mee kuning
  • 3 biji telur
  • 4 ulas bawang putih
  • 300g taugeh
  • 3 biji buah tomato
  • 1 biji cili besar
  • 1 biji limau nipis
  • 2 ketul tauhu keras
  • 7-8 ekor udang
  • Sedikit isi ayam
  • 3 camca besar serbuk cili
  • Sawi
  • Daun kucai
  • Daun bawang
  • 2 camca besar kicap pekat
  • 3 camca besar kicap lemak
  • 2 camca besar sos tiram
  • 3 camca besar sos tomato
  • 3 camca besar sos cili
  • Minyak masak
  • Sedikit air

CARA MEMASAK

  • Mula-mula kita potong sawi, daun kucai, daun bawang, tomato dan bawang putih. Potong kecil-kecil.
  • Panaskan minyak dan goreng tauhu, udang dan isi ayam.
  • Guna minyak yang sama, tumis bawang putih sampai nampak garing.
  • Perlahankan api dan masukkan serbuk cili dan terus kacau. Pada masa yang sama masukkan air dan kacau, biarkan sampai cili tu masak dan pecah minyak.
  • Masukkan tomato dan kacau. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, kicap lemak, sos tiram dan kicap pekat. Masukkan telur dan kacau. Biarkan sampai telur masak.
  • Masukkan mee kuning dan kacau.ย 
  • Masukkan batang sawi, udang, isi ayam, tauhu, daun sawi, taugeh dan daun kucai.ย 
  • Untuk bagi mee goreng kita nampak menarik, masukkan sedikit kicap pekat. Kacau sekejap dan dah siap dah …

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

Follow saja step-by-step video Cheq Na, In Sha Allah menjadi sedap ๐Ÿ˜‹

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Wah hebat la cik na masak..mudah dan cepat..nk try nti..

Marliah Mohd

assalammualaikum cik na, akak nak ucapkan terima kasih banyak2 bagi resepi mee goreng yg sedap, tiap kali goreng mee akak mesti ikut style cik na, sedap sangat, sampai suami makan sampai licinselalu bila goreng mee suami akak mesti complain, tapi goreng style cik na suami makan tak terkata senyap sepi…. Sedap la tu…. Lama cik na x muncul diyou tube… P mana๐Ÿค”

Rosidah Jusoh

Sedap sungguh mee hg ni cheq na…terbaik. Teringat masa kecik2 dulu mkn mee mamak depan rumah tok sy d penang.

Suria Murni

Assalamualaikum cheq na sedap nampak mee goreng tu senang dan simple tak payah nk pening masak campak2 pun sedap cheq na

Azizah Ali

Alhamdulillah terima kasih ye kongsi resepi sedap ni..bolh cuba ni..semoga dimurahkan rezeki sis

Normawati Ramli

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuah Roti Canai

Kuah Roti Canai

Setiap kali kita ke restoran, kita akan dihidangkan dengan kuah yang berbeza rasanya dari satu restoran ke restoran yang lain. Kuah roti canai ini ada macam-macam jenis mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing.

Roti Canai

Roti Canai

Roti canai ini adalah makanan yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan ianya adalah sebagai makanan ruji untuk sarapan rakyat Malaysia.

Sengkuang Calit

Sengkuang Calit

Sengkuang calit ini selalunya dimakan di waktu tengahari, selalunya selepas lunch. Sengkuang calit ini amat popular pada sekitar tahun 80an dan 90an di kalangan budak-budak sekolah.

Last updated on 16 Julai 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI