Laman Utama > Resipi

Laman Utama > Resipi

Resipi Cheq Na

Resipi Mudah Untuk DiKongsi Bersama

Kuah Roti Canai

Kuah Roti Canai

Setiap kali kita ke restoran, kita akan dihidangkan dengan kuah yang berbeza rasanya dari satu restoran ke restoran yang lain. Kuah roti canai ini ada macam-macam jenis mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing.

Roti Canai

Roti Canai

Roti canai ini adalah makanan yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan ianya adalah sebagai makanan ruji untuk sarapan rakyat Malaysia.

Mee Goreng

Mee Goreng

Mee goreng ni cukup sinonim dengan menjadi orang Malaysia. Kalau tak tahu mee goreng atau tak pernah makan mee goreng ni, memang bukan orang Malaysia lah jawapnya.

Kuih Cara

Kuih Cara

Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap.

Ayam Varuval

Ayam Varuval

Ayam Varuval adalah di antara masakan popular di kalangan masyarakat India Selatan. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik daun pisang.

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah ni selalunya sedap dimakan dengan nasi minyak. Selalunya dihidangkan di majlis-majlis kenduri. Rasanya yang tak pedas dan manis menyebabkan budak-budak pun boleh makan.

Sambal Udang Petai

Sambal Udang Petai

Sambal ni sedap dimakan dengan nasi putih. Mudah sangat nak siapkan resipi ni. Kalau takut rasa pedas tu, so kurangkanlah jumlah cili kering tu. Kepada sesiapa yang sukakan petai, bolehlah lebihkan jumlah petai tu.

Cucur Udang

Cucur Udang

Cucur udang ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato.

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

Sengkuang Calit

Sengkuang Calit

Sengkuang calit ini selalunya dimakan di waktu tengahari, selalunya selepas lunch. Sengkuang calit ini amat popular pada sekitar tahun 80an dan 90an di kalangan budak-budak sekolah.

Gulai Ikan Masin

Gulai Ikan Masin

Memang dah terbukti sedap masakan ni bersama dengan nasi putih campur pulak dengan sambal belacan, memang terangkatlah. Resipi ni tak pedas sangat, so budak-budak pun boleh makan.

Pineapple Tart

Pineapple Tart

Tart Nenas ini selalu dihidang pada musim perayaan dan pada masa ini, Tart Nenas dah menjadi macam ‘all times snack’ sebab dah tak payah tunggu musim perayaan baru untuk menikmatinya macam bahulu dan dodol juga.

Sotong Masala

Sotong Masala

Sotong Masala ini dimasak dengan bahan rempah ratus dan ianya tidak berkuah dan kering. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik daun pisang dan nasi biriani.

Cekodok Pisang

Cekodok Pisang

Bahan-bahan dia ‘ter’ amat mudah tapi lazzzzzaaatttt. Cekodok ni kebiasaannya dimakan di waktu pagi sebagai sarapan pagi atau di waktu petang sebagai ‘high tea’ dan kebiasaannya dihidang dengan kopi panas.

Ikan Goreng Masala

Ikan Goreng Masala

Ikan Goreng Masala ini dimasak dengan bahan rempah ratus dan ianya tidak berkuah dan kering. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik daun pisang.

Kari Ikan Mamak

Kari Ikan Mamak

Kari ikan mamak ni cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Kari ini sedap dimakan dengan nasi putih dan boleh dijadikan juga sebagai pencicah kepada lempeng atau roti. Resipi ni sangat popular di restoran mamak.

Gulai Ikan Nyok Nyok

Gulai Ikan Nyok Nyok

Dalam resipi gulai ikan nyok nyok ni Cheq Na ada masukkan tomato, tapi boleh digantikan juga dengan sayur terung jika sekiranya hangpa semua tak makan tomato. Resipi ni sangat popular di utara tanah air seperti di Kedah, Perlis dan Penang.

Popia Goreng

Popia Goreng

Mudah sangat untuk membuat popia goreng ni kerana penyediaannya tak lah susah sangat. Hanya perlu buat penyediaan inti dan sira gulanya sahaja. Rasanya yang manis bercampur pedas itulah yang menyebabkan popia ini sedap dimakan 😋.

Daging Goreng Sos Tiram

Daging Goreng Sos Tiram

Daging goreng sos tiram ini sesuai sangat dimakan bersama nasi putih, nasi tomato dan nasi minyak. Ianya amat pedas disebabkan oleh jumlah cili yang Cheq Na gunakan di dalam resipi ini. Menu ni tak sesuai untuk kanak-kanak kerana terlampau pedas 🔥

Masalodeh

Masalodeh

Masalodeh ini sesuai sangat dijadikan snek untuk sarapan pagi dan minum petang. Sesuai juga dicicah dengan sos cili dan sos tomato dan apa-apa sos yang kita suka. Bahan-bahan yang diperlukan mudah sangat dan cara untuk membuatnya pun tak susah. Cara Cheq Na ni agak pedas sikit, jadi kurangkanlah cili itu supaya tidak pedas.

Daging Masak Hitam

Daging Masak Hitam

Daging masak hitam ini sangat sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan tak lupa juga, ketupat dan pulut kuning. Ianya sangat mudah disediakan kerana semua bahan dimasukkan di dalam periuk saja. Tak perlu tumis dan tak perlu santan semasa memasaknya. Jom kita tengok kad resipi Cheq Na kali ni, daging masak hitam …

Dalca Ayam

Dalca Ayam

Sesuai sangat dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan tak lupa juga, capati dan roti canai. Dalca ni ada macam-macam sayur-sayuran di dalamnya, sesuai sangat untuk budak-budak makan sebab tak terasa sangat sayuran dia sebab dah dimasak bersama dan dijadikan kuah. Lagi pun dia tak pedas. 

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

Ayam masak kicap ni antara menu yang mudah dan murah untuk disediakan. Kos dia yang agak minimum, tapi rasa dia terlajak sedap. Memang dah terbukti sedap masakan ayam masak kicap ni. Suami dan anak-anak Cheq Na memang suka sangat menu ni. Jom kita tengok kad resipi untuk kita sediakan resipi ayam masak kicap ni …

Cucur Jagung

Cucur Jagung

Cucur jagung ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dicicah dengan sos cili dan sos tomato. Anak-anak Cheq Na suka sangat dengan cucur jagung ni …

Gulai Lemak Ketam

Gulai Lemak Ketam

Kuah dia PEKAT, LIKAT dan MEMIKAT. Resipi ni bagi Cheq Na sesuai sangat dimakan dengan nasi putih. Resipi ni tak pedas, budak-budak pun boleh makan. Rasa manis dari nenas campur dengan santan bersama rempah kari yg buat rasa sedap tu. JOM cer cuba try menu Cheq Na kali ni.

Daging Goreng Berempah

Daging Goreng Berempah

Resipi ni memang sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi basmathi, nasi minyak, nasi lemak … boleh kata semua jenis nasi lah. Resipi Cheq Na ni memang pedas, selera orang Utara lah katakan. Jadi, kalau takut pedas berapi🔥tu, kurangkanlah cabai hidup tu

Dikemaskini Pada 16 Julai 2023

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

FOLLOW CHEQ NA DI SINI