Laman Utama > Resipi > Sengkuang Calit

Resepi Malaysia

Sengkuang Calit

by | 11 Jul 2023 | Resipi Malaysia

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share macammana nak buat SENGKUANG CALIT, makanan lejen satu Malaya.

Sengkuang calit ni, selalunya dimakan di waktu tengahari, selalunya selepas lunch. Sengkuang calit ini amat popular pada sekitar tahun 80an dan 90an di kalangan budak-budak sekolah. Selalunya pada masa dulu, sengkuang calit ini dijual pada harga 20 – 30 sen dan pada masa sekarang Cheq Na dah tak tahu berapa harga dia sekeping di pasaran.

Kad Resipi Cheq Na

Sengkuang Calit

BAHAN-BAHAN

  • 3 camca besar otak udang
  • 2 camca besar tepung gandum (bancuh dengan air)
  • 1 cawan sos cili
  • 1 cawan sos tomato
  • 10-12 tangkai cili kering (rebus dan dibuang biji)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • 2 cawan kicap lemak
  • 2 genggam kacang tanah
  • 5 camca besar bijan
  • 1 biji buah sengkuang

CARA MEMASAK

  • Mula-mula kisar cili kering kita.
  • Di dalam periuk besar, masukkan cili yang dah dikisar dan sedikit air. Kacau dan biarkan sampai cili kita nampak kering dan masak.
  • Dalam mangkuk yang lain masukkan gula, sos cili, sos tomato, kicap lemak dan kicap pekat. Kacau sebati.
  • Bila cili kita dah masak, satukan semua bahan. Biarkan sampai dia mendidih.
  • Bila dah mendidih, masukkan otak udang dan kacau.
  • Untuk pekatkan kuah kita, masukkan bancuhan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sentiasa supaya tidak berketul.
  • Padamkan api dan biarkan sos sejuk seketika.
  • Sedia untuk dibuat sengkuang calit atau dimakan bersama buah-buahan kegemaran yang lain. Jika suka, boleh juga tabur sedikit kacang tumbuk dan bijan. Dah Siap!!

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“In Sha Allah, memang sedap sengkuang calit ni … tak rugi mencuba

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Rohayah Darus

Sedaaap nyer Insyaallah next week saya coba 😋

Sharifah Maimunah

Cekna 👍!! Hang buat Cek terllioq!! Mampu tengok je!!!  😭

Mohd Fauzi

Cheq na bagi kami Mercik Air lioq la pulak… terbaik… sedap Ooo….

Sabri Mahdzir

Terliuq la tengok Cheq Na ooi

Siti Zubaidah Ishak

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuah Roti Canai

Kuah Roti Canai

Setiap kali kita ke restoran, kita akan dihidangkan dengan kuah yang berbeza rasanya dari satu restoran ke restoran yang lain. Kuah roti canai ini ada macam-macam jenis mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing.

Roti Canai

Roti Canai

Roti canai ini adalah makanan yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan ianya adalah sebagai makanan ruji untuk sarapan rakyat Malaysia.

Mee Goreng

Mee Goreng

Mee goreng ni cukup sinonim dengan menjadi orang Malaysia. Kalau tak tahu mee goreng atau tak pernah makan mee goreng ni, memang bukan orang Malaysia lah jawapnya.

Last updated on 11 July 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI