Laman Utama > Resipi > Ayam Masak Merah

Resepi Ayam

Ayam Masak Merah

by | 11 Jul 2023 | Resepi Ayam

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share macammana nak masak ayam masak merah, cara Cheq Na

Ayam masak merah ni selalunya sedap dimakan dengan nasi minyak. Selalunya dihidangkan di majlis-majlis kenduri. Rasanya yang tak pedas dan manis menyebabkan budak-budak pun boleh makan.

Kad Resipi Cheq Na

Ayam Masak Merah

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam (gaul bersama serbuk kunyit dan garam)
  • 4 biji bawang kecil
  • 1 batang serai
  • Rempah 4 sekawan
  • Sedikit daun pandan
  • 3 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 200 ml santan
  • 1/2 tin kecil kacang peas
  • 2 biji bawang besar
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • 1 camca kecil gula perang

Bahan Kisar

  • 10-15 tangkai cili kering (direndam di dalam air)
  • 3 biji tomato
  • 6-8 biji bawang kecil
  • 3 batang serai, dihiris nipis
  • 3 biji bawang putih
  • 2 inci halia

CARA MEMASAK

    • Mula-mula kita potong tomato, bawang kecil, serai, bawang putih dan halia. Potong kecil-kecil.
    • Kisar cili kering dan ketepikan. Kisar pulak bahan yang kita potong tadi, ketepikan juga.
    • Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
    • Dalam minyak yang sama, tumis rempah 4 sekawan, daun pandan, bawang kecil dan serai. Kacau dan biarkan dia sampai bawang kecil kita nampak garing.
    • Bila dah garing, masukkan cili kering yang dah dikisar halus dan kacau sehingga dia pecah minyak.
    • Masukkan pula bahan kisar tadi dan sedikit air, kacau hingga sebati. Biarkan selama 5-8 minit atau hingga dia nampak kering dan pecah minyak. 
    • Masukkan ayam goreng tadi dan kacau sehingga bersalut semua ayam goreng kita.
    • Masukkan sos cili dan sos tomato dan kacau. Masukkan santan dan kacau hingga sebati. Teruskan masak selama 5-10 minit hingga pecah minyak.
    • Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau seketika. Perasakan dengan garam dan gula perang.
    • Sebelum angkat, masukkan kacang peas dan kacau lagi. Dah Siap!! 🥳 🥳

    Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

    “Cara nak masak ayam masak merah ni, kena tengok video lah lagi senang nak paham.

    Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

    Terima kasih che na…da cuba masak mmg sedap..Alhamdulillah…share resepi halal dunia akhirat yer..

    Sarimah Mohamed

    Macam saya habak sebelum ni…saya nak cuba masak semua resepi Ceq Na Serentak ( untuk makan sekeluarga) .t.kasih noooo resepi yang pelbagai . Lepaih ni…dah boleh masak sendiri lauk mamak 👍 👍 Tak payah lagi dok pi makan kedai.

    Zaharah Murad

    Tksh..powerrr.. 👍 👍 👍

    Idris Chedin

    uishhh tudia mai dah, mesti cuba resepi @Cheq Na ni

    Aziz Basrom

    Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

    Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

    0 Comments

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

    Ayam Varuval

    Ayam Varuval

    Ayam Varuval adalah di antara masakan popular di kalangan masyarakat India Selatan. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik daun pisang.

    Dalca Ayam

    Dalca Ayam

    Sesuai sangat dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan tak lupa juga, capati dan roti canai. Dalca ni ada macam-macam sayur-sayuran di dalamnya, sesuai sangat untuk budak-budak makan sebab tak terasa sangat sayuran dia sebab dah dimasak bersama dan dijadikan kuah. Lagi pun dia tak pedas. 

    Ayam Masak Kicap

    Ayam Masak Kicap

    Ayam masak kicap ni antara menu yang mudah dan murah untuk disediakan. Kos dia yang agak minimum, tapi rasa dia terlajak sedap. Memang dah terbukti sedap masakan ayam masak kicap ni. Suami dan anak-anak Cheq Na memang suka sangat menu ni. Jom kita tengok kad resipi untuk kita sediakan resipi ayam masak kicap ni …

    Last updated on 11 July 2023

    PROFIL CHEQ NA

    ZARINA YATIM MUSTAFA

    Food Recipe Content Creator

    Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

    "Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

    MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

    Join Cheq Na!

    Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

    MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI