Laman Utama > Resipi > Dalca Ayam

Resepi Ayam

Dalca Ayam

by | 9 Feb 2023 | Resepi Ayam

Untuk resipi kali ni, Cheq Na nak share macammana nak masak dalca ayam Cheq Na’s style. Menu dalca ni bukan menu asing di kalangan rakyat Malaysia. Di kedai-kedai mamak especially tu, memang dalca ni menu biasa yang semua orang pernah merasa.

Sesuai sangat dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan tak lupa juga, capati dan roti canai. Dalca ni ada macam-macam sayur-sayuran di dalamnya, sesuai sangat untuk budak-budak makan sebab tak terasa sangat sayuran dia sebab dah dimasak bersama dan dijadikan kuah. Lagi pun dia tak pedas. 

Kalau kita campurkan dalca ni dengan kuah-kuah lain … contohnya kuah kari ikan, kuah daging hitam, kuah daging … memang dah menjadi kuah nasi kandar dah 🤤😋

Jom kita tengok kad resipi dalca ayam ni …

Kad Resipi Cheq Na

Dalca Ayam

BAHAN-BAHAN

  • 6 ketul ayam
  • 4 biji kentang
  • 1 1/2 bawang besar
  • 2 biji tomato
  • 2 biji terung
  • 1 biji lobak merah
  • 2 1/2 camca besar rempah gulai daging
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 1 camca besar serbuk cili
  • Buah pelaga/bunga lawang/kulit kayu manis/bunga cengkih
  • 2 helai daun bay
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • 1 kotak 200ml santan
  • 1 1/2 cawan kacang parpu

CARA MEMASAK

  • Potong semua bahan-bahan … kentang, bawang besar, tomato, terung dan lobak merah
  • Panaskan minyak dan bila dah panas, masukkan rempah-rempah … Buah pelaga/bunga lawang/kulit kayu manis/bunga cengkih
  • Lepas tu, masukkan halia dan bawang putih yang telah ditumbuk.
  • Masukkan bawang besar dan masak sampai garing
  • Bila dah garing tu, masukkan daun bay dan daun kari dan kacau
  • Masukkan rempah gulai daging dan serbuk cili ( Tip 💡: Masukkan air secepat yang mungkin untuk mengelakkan rempah menjadi hangit. Rujuk video untuk mendapatkan kepastian )
  • Biarkan dia mendidih sekejap
  • Bila dah pecah minyak, kita masukkan ubi kentang dan lobak merah.
  • Masukkan air sedikit untuk melembutkan kentang dan lobak merah.
  • Bila dah empuk, masukkan ayam.
  • Pada masa yang sama, masukkan kacang dal yang telah direbus ke dalam kuali.
  • Biarkan dia mendidih sekali lagi.
  • Bila dah mendidih, kita masukkan terung.
  • Masukkan tomato 
  • Bila dah mendidih tu, masukkan santan dan air asam jawa
  • Kacau dan biarkan dia mendidih
  • Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Cheq Na rekemenlah untuk semua orang buat resipi ni kerana dekat luar sana dah tak dapat dah kuah pekat dan melekat. Harga barang semakin mahal tapi makanan semakin tak sedap”

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Alhamdullillah cheq na,mariam nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dalca daging yg lazat Dan membangkitkan selera mkn. Terutama di era lockdown PKP ni sedap di cicah dg roti canai cheq na yg lembut. Dan sedap tu meresek rasa. Kami semua sentiasa menyokong Dan memasak ikut resepi mistery chek na

Mariam Abdullah

Thanku cheq na I like the way you cooked… And I learned it’s from you all the time… Sending my love to you!!!

Zuke Don

Sedap resepinya .. saya dh cuba 😊😊🥰🥰

Siti Haja

Assalammualaikum cik na, sedap nya, saya suka cicah roti canai dgn dalca,saya dah cuba buat dalca dlm berbagai versi…. tapi hat cik na yg saya sukaaa,t’kasih cik na bagi resepi,semoga murah rezeki cik na

Rosidah Jusoh

Terbaik resipi Cheq Na. Baru kejap ni cuba buat. Menjadi….

Zali Dol

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Ayam Varuval

Ayam Varuval

Ayam Varuval adalah di antara masakan popular di kalangan masyarakat India Selatan. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik daun pisang.

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah ni selalunya sedap dimakan dengan nasi minyak. Selalunya dihidangkan di majlis-majlis kenduri. Rasanya yang tak pedas dan manis menyebabkan budak-budak pun boleh makan.

Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

Ayam masak kicap ni antara menu yang mudah dan murah untuk disediakan. Kos dia yang agak minimum, tapi rasa dia terlajak sedap. Memang dah terbukti sedap masakan ayam masak kicap ni. Suami dan anak-anak Cheq Na memang suka sangat menu ni. Jom kita tengok kad resipi untuk kita sediakan resipi ayam masak kicap ni …

Last updated on 9 Februari 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI