Laman Utama > Resipi > Burger Malaysia

Resepi Kuih-Muih

Burger Malaysia

by | 11 Jul 2023 | Kuih Muih

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak ‘share’ macammana nak buat Pau Sambal atau Burger Malaysia.

Bahan-bahan dia ‘ter’ amat mudah tapi lazzzzzaaatttt. Pau Sambal atau Burger Malaysia ini kebiasaannya dimakan di waktu pagi sebagai sarapan pagi atau di waktu petang sebagai ‘high tea’ dan kebiasaannya dihidang dengan minuman panas. Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

Kad Resipi Cheq Na

 Burger Malaysia

BAHAN-BAHAN

Untuk pau, kita perlukan:

  • 1 camca kecil garam
  • 1 camca besar gula
  • 1 camca besar marjerin
  • 1 cawan air suam
  • 3 camca besar susu pekat
  • 3 camca kecil yis
  • 3 cawan tepung gandum

Untuk sambal, kita perlukan:

  • 15-20 tangkai cili kering (direbus dan dibuang biji)
  • 2 camca besar sos tomato
  • 2 camca besar sos cili
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 3 genggam ikan bilis
  • Sedikit air
  • Air asam jawa secukupnya

CARA MEMASAK

Untuk buat pau:

  • Bancuh serbuk yis bersama air suam. Kacau larut bersama sedikit gula. Biarkan selama 15-30 minit atau sehingga yis berbuih di permukaan.
  • Dalam mangkuk baru, satukan tepung gandum, susu pekat dan garam.
  • Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan menjadi kering dan marjerin bergaul sebati.
  • Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  • Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit marjerin dan tutup.
  • Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Biarkan doh kembang selama 15 minit.
  • Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. 
  • Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. 

Untuk buat sambal:

  • Potong 1 biji bawang besar dan bawang putih.
  • Kisar 1 biji bawang, cili kering, bawang putih dan sedikit air. Masukkan sedikit ikan bilis dan kisar halus.
  • Panaskan minyak, goreng ikan bilis sehingga nampak garing.
  • Tumis bawang sehingga nampak garing. Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit.
  • Bila cili dah masak, garing dan pecah minyak, masukkan sos cili, sos tomato dan air asam jawa. 
  • Bila dah nampak kering, masukkan gula dan garam.
  • Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan tutup api. 
  • Belah pau di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis, hirisan timun dan salad. Dah Siap!!

 

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Burger Malaysia ni bila digandingkan dengan sambal tumis ikan bilis, memang sedap. Anak Cheq Na suka sangat dengan burger Malaysia nie.

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Cheq Na, ni kata org tangan nya ” menjadi ” aja ….msk apa jaa….keep it cook my dear , Cheq Na….!!!!!

Jalilah Alias

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuih Cara

Kuih Cara

Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap.

Cucur Udang

Cucur Udang

Cucur udang ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato.

Pineapple Tart

Pineapple Tart

Tart Nenas ini selalu dihidang pada musim perayaan dan pada masa ini, Tart Nenas dah menjadi macam ‘all times snack’ sebab dah tak payah tunggu musim perayaan baru untuk menikmatinya macam bahulu dan dodol juga.

Last updated on 11 July 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI