Laman Utama > Resipi > Pineapple Tart

Resepi Kuih-Muih

Pineapple Tart

by | 11 Jul 2023 | Kuih Muih

Di dalam resepi kali ini, Cheq Na nak ‘share’ apakah benda yang buat Pineapple Tart atau Tart Nenas jadi sedap dan gebu.

Tart Nenas ini cukup popular di kalangan kaum Tiong Hua dan kaum Melayu. Tart Nenas ini selalu dihidang pada musim perayaan dan pada masa ini, Tart Nenas dah menjadi macam ‘all times snack’ sebab dah tak payah tunggu musim perayaan baru untuk menikmatinya macam bahulu dan dodol juga.

Kad Resipi Cheq Na

Pineapple Tart

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 camca besar tepung jagung
  • 2 camca besar tepung custard
  • 227g mentega asli
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 2 biji kuning telur
  • Inti nenas (Ada di kedai bakeri)
  • Pewarna kuning telur
  • 1 camca kecil esen vanilla
  • Acuan tart
  • 2 camca susu pekat

CARA MEMASAK

  • Satukan bahan-bahan seperti butter, susu pekat, 1 biji kuning telur, esen vanila, pewarna kuning dan minyak sapi dalam bekas adunan. Kacau guna senduk sahaja.
  • Kemudian masukkan tepung gandum, tepung custard dan tepung jagung.
  • Uli sampai dapat doh yang cantik dan lembut.
  • Ambil sedikit adunan doh, dan masukkan sedikit dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. .
  • Sapu sedikit butter di atas tray sebelum diletak tart untuk dibakar dalam oven.
  • Sapu kuning telur untuk dapatkan kesan gold pada permukaan tart.
  • Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit. Dah Siap!!

    Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

    In Sha Allah memang sedap tart nenas ni … try la buat!

    Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

    Tengok pada bahan2 …memang sedap kulit tart nenas ceq na ni ..

    Minah Sutan

    Sedapnya itu cheq na.. resepnya patut di cuba.. boleh saling semangat kita cheq na

    Kantong Ku

    Sedapppppp. Thank you Cheq Na

    Geena Ee

    Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

    Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

    0 Comments

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

    Kuih Cara

    Kuih Cara

    Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap.

    Cucur Udang

    Cucur Udang

    Cucur udang ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato.

    Burger Malaysia

    Burger Malaysia

    Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

    Last updated on 16 April 2023

    PROFIL CHEQ NA

    ZARINA YATIM MUSTAFA

    Food Recipe Content Creator

    Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

    "Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

    MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

    Join Cheq Na!

    Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

    MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI