Laman Utama > Resipi > Cucur Udang

Resepi Kuih-Muih

Cucur Udang

by | 11 Jul 2023 | Kuih Muih

Untuk resipi kali ni, Cheq Na nak share cara-cara nak buat CUCUR UDANG. Barang-barang dia sempoi sangat, tapi SEDAP 😋

Cucur udang ni sesuai dimakan pada bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato. Anak-anak Cheq Na suka sangat dengan cucur udang ni …

Kad Resipi Cheq Na

Cucur Udang

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan untuk kulit cucur udang:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 camca kecil yis
  • 1 ikat daun kucai (dipotong)
  • Minyak masak
  • 2 cawan air suam (tambah lagi jika perlu)
  • 1 camca kecil garam

Bahan-bahan untuk kuah kacang:

  • 1 camca besar serbuk cili
  • 4 camca kecil gula
  • 2 senduk kacang tanah kisar
  • Air
  • Minyak masak
  • 1 camca kecil garam

CARA MEMASAK

Cara-cara untuk buat cucur udang:

  • Dalam mangkuk besar, masukkan tepung dan yis.
  • Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Kacau sebati. Perap adunan selama 1 jam.
  • Masukkan daun kucai dan garam, kacau hingga sebati.
  • Panaskan sudip dalam minyak panas.
  • Sendukkan adunan cucur di atas sudip tadi dan letakkan udang di atas adunan cucur.
  • Goreng sampai keperangan dan angkat.
  • Potong dan hidang bersama kuah kacang.

Cara-cara untuk buat kuah kacang:

  • Kisar kasar kacang tanah.
  • Panaskan minyak, masukkan serbuk cili dan kacau.
  • Tuang sedikit air dan kacau. Masak selama 5-7 minit.
  • Masukkan gula dan kacau. Masak sampai dia mendidih.
  • Masukkan kacang tanah dan sedikit air, kacau sebati. Perlahankan api dan masak kuah kacang hingga nampak berpecah minyak.
  • Perasa dengan sedikit garam dan kacau. Dah Siap Dah …

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

Cucoq udang memang raksi dengan kuah kacang … nikmatnya adoi … sedap yakmattt 😋 😋 😋

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Tudia sedap Tak tau nak habaaaaaaaq ❤️ will try insyallah tq for sharing the recipe ❤️ 💝

Rohayah Darus

Woo so good sodap tu cheq na

Jalina Mydin

Sedap nye Cheq Na , tkasih naaa , jom buat u alls

Naimah Mohd Noor

Teringat makan tokua rendang kat ‘Jual Murah’ Penang Road. Nostalgic walking down memory lane. Tq for the reciepe..Siaaapp.

Razaki Ismail

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuih Cara

Kuih Cara

Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap.

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

Pineapple Tart

Pineapple Tart

Tart Nenas ini selalu dihidang pada musim perayaan dan pada masa ini, Tart Nenas dah menjadi macam ‘all times snack’ sebab dah tak payah tunggu musim perayaan baru untuk menikmatinya macam bahulu dan dodol juga.

Last updated on 11 July 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI