Laman Utama > Resipi > Cekodok Pisang

Resepi Kuih Muih

Cekodok Pisang

by | 15 Apr 2023 | Kuih Muih

Dalam resepi kali ni, Cheq Na nak ‘share’ macammana nak buat CEKODOK LEJEN. Bahan-bahan dia ‘ter’ amat mudah tapi lazzzzzaaatttt.

Cekodok ni cukup popular di masa dahulu kerana pisang ada di mana-mana saja dan murah. Tetapi semenjak dua menjak ni, harga pisang melambung tinggi dan cekodok ni dah menjadi makanan orang have-have (Orang berada lah ya).

Kad Resipi Cheq Na

Cekodok Pisang 

BAHAN-BAHAN

  • 1 sikat pisang ranum (pisang berangan)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 camca kecil garam 
  • 1/2 camca kecil soda bikarbonat
  • 3 camca besar gula 

CARA MEMASAK

  • Lenyek pisang sehingga hancur dan masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
  • Kemudian masukkan gula, garam dan soda bikarbonat. Kacau rata. Perap selama 5 hingga 10 minit.
  • Panaskan minyak yang banyak dan jemput adunan menggunakan jari yang dibasahkan.
  • Goreng sehingga keperangan. Angkat dan tos. Dah Siap! 🥳

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

Cekodok ni kebiasaannya dimakan di waktu pagi sebagai sarapan pagi atau di waktu petang sebagai ‘high tea’ dan kebiasaannya dihidang dengan kopi panas

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Nampak sedap Sgt

Geena Ee

Sblm Subuh ni, cari resipi Cheq Na style… 👍 🤩🧕🏻

Mira Abu Bakar

 👍 👍 👍

Bobo Mr

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuih Cara

Kuih Cara

Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap.

Cucur Udang

Cucur Udang

Cucur udang ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato.

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

Last updated on 13 April 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI