Laman Utama > Resipi > Cucur Jagung

Kuih Muih

Cucur Jagung

by | 28 Jan 2023 | Kuih Muih

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share cara-cara nak buat cucur jagung. Barang-barang dia sempoi, ringkas sangat, tapi SEDAP.

Cucur jagung ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dicicah dengan sos cili dan sos tomato. Anak-anak Cheq Na suka sangat dengan cucur jagung ni …

Kad Resipi Cheq Na

Cucur Jagung

BAHAN-BAHAN

  • 1 1/2  tongkol jagung
  • 5 biji cili melaka
  • Segenggam udang kering/udang hidup
  • Segenggam daun kuchai
  • 1 biji bawang besar
  • Sepokok daun bawang
  • 4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • Air ais (Tip: Untuk merangupkan cucur jagung)

CARA MEMASAK

  • Mula-mula kita potong jagung kita dulu.
  • Masukkan jagung yang dipotong tadi ke dalam satu bekas.
  • Potong bahan-bahan dia seperti daun kucai, daun bawang, bawang, cili melaka (Boleh refer dekat video kalau tak pasti cara memotongnya)
  • Masukkan semua bahan-bahan yang dipotong ke dalam bekas yang berisi jagung yang kita potong tadi.
  • Tumbuk segenggam udang kering dan masukkan ke dalam bekas yang sama berisi jagung dan bahan-bahannya.
  • Masukkan tepung gandum ke dalam bekas yang sama. Campurkan semua bahan-bahan hingga sebati.
  • Masukkan sedikit garam sebagai perasa
  • Gaulkan bahan-bahan hingga sebati
  • Masukkan air ais sedikit demi sedikit untuk mendapatkan tekstur yang diperlukan (Refer dekat video kalau tak pasti)
  • Sebelum menggoreng, kita kena celupkan jari jemari kita ke dalam air sebelum kita menjemput adunan cucur jagung tu.
  • Selepas menjemput, kita letakkan ke dalam minyak yang sudah panas. Gorenglah satu per satu.
  • Terbalik-balikkan cucur jagung tu untuk mendapatkan hasil gorengan yang sekata. 

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

Cara-cara nak buat tu, kenalah tengok video ni sampai habis. Kalau dah try tu, komen-komenlah sikit dekat bawah tu, sedap ka, tak sedap ka, menjadi ka tak menjadi ka… nanti Cheq Na reply satu per satu

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Assalamualaikum Cik Na .. Alhamdulillah dah try resepi cucuq jagung stail Cik Na , memang terbaik… terima kasih byk2 na…

Maziah Mustapa

my favourite chef cheq na…lol from Selangor

Reine Regina

Assalamualaikum Alhamdulillah

Suka sesgt tgk video2 che na.. ajar betul2 mcm mak2 ajar anak2. Ingat arwah tok samalh ajar camgitu..

W A

Dh try, mmg sedapppppp 😍😍😍😍

Qieu Aini

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuih Cara

Kuih Cara

Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap.

Cucur Udang

Cucur Udang

Cucur udang ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato.

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

Last updated on 24 Januari 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI