Laman Utama > Resipi > Masalodeh

Kuih Muih

Masalodeh

by | 11 Feb 2023 | Kuih Muih

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share cara-cara nak buat Masalodeh atau Vadey. Kuih ini cukup popular di kalangan masyarakat India macam pisang goreng di kalangan masyarakat Melayu.

Masalodeh ini sesuai sangat dijadikan snek untuk sarapan pagi dan minum petang.Β  Sesuai juga dicicah dengan sos cili dan sos tomato dan apa-apa sos yang kita suka. Bahan-bahan yang diperlukan mudah sangat dan cara untuk membuatnya pun tak susah. Cara Cheq Na ni agak pedas sikit, jadi kurangkanlah cili itu supaya tidak pedas. Jom kita tengok kad resipi Masalodeh Cheq Na …

Kad Resipi Cheq Na

Masalodeh

BAHAN-BAHAN

  • 2 1/2 cawan kacang dal
  • 6-7 biji cili hidup / cabai melaka
  • 2 1/2 biji bawang besar
  • 1-2 camca besar jintan manis
  • 3-4 tangkai cili kering
  • 3-4 tangkai daun kari
  • 1 camca kecil serbuk penaik
  • Minyak masak

CARA MEMASAK

  • Tumbuk jintan manis dengan lesung batu (Tip πŸ’‘: Tumbuk sedikit untuk mengeluarkan bau, bukan sampai lumat)
  • Kisar kacang dal dengan menggunakan blender (Tip πŸ’‘: Asingkan satu senduk kacang dal dan kisarkan yang selebihnya)
  • Tapis kacang dal yang telah dikisar untuk mengasingkan kacang dal dan airnya
  • Campurkan kacang dal yang telah ditapis dengan satu senduk kacang dal yang diasingkan tadi dalam satu bekas (Tip πŸ’‘: Jangan dibuang air tapisan kacang dal, kita akan gunakannya nanti)
  • Potong bawang besar, cili kering, cili melaka dan daun kari dan masukkan ke dalam bekas yang berisi kacang dal tadi
  • Masukkan jintan manis yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas yang berisi kacang dal tadi
  • Masukkan serbuk penaik ke dalam bekas yang berisi kacang dal tadi
  • Perisakan dengan garam secukup rasa
  • Gaulkan sehingga sebati
  • Di dalam air tapisan kacang dal tadi, ada sebatian kacang dal yang telah hancur dan menjadi tepung. Buang air tapisan dan ambil sebatian kacang dal dan masukkan ke dalam bekas yang berisi kacang dal tadi
  • Gaulkan hingga sebati
  • Panaskan minyak dan goreng masalodeh (Tip πŸ’‘: Kepalkan sebatian masalodeh sebelum menggorengnya)
  • Bila dah masak, angkat dan hidangkan panas-panas.
  • Selamat mencuba πŸ‘Œ

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

Macam biasa, cara nak buat dia, kenalah tengok video ni sampai habis. Nak tulis cara nak masak macam zaman mak-mak kita dulu memang susah. Kalau dah try resipi ni, tolong la komen sedap ka, tak sedap ka, menjadi ka tak menjadi ka, tulis komen kat bawah.

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Alhamdulillah, saya dah pun kuih vadey resepi Che Na, memang sedap lembut didalam garing diluar.. πŸ˜‹πŸ‘Β Terima kasih Che Na.

Noor Lina

Saya ikut resepi che ja menjadi habis πŸ€—rasa berbunga-bunga hati bila buat menjadi πŸ˜…

Nor Saidatul

Alhamdulilah sy dah cuba 4 kali buat… mmang menjadi resepi che na. Terima kasih che na 😘

Melor Faghira

As salami slain kun che na nk tau Sudah sekian lama saya ingin masak Vader tapi selalu x brp menjadi, alhamdullillah Allah temukan dgn che na dgn ilmu memasak Vader yg rangup. Tasty/lenkap citarasa rempah ratus jintan manisnya dan cara2 yg betul maka semangat yg berkobar2 ingin mencuba terus berhasrat utk terus mencuba

Mariam Abdullah

tq cheq na πŸ€©πŸ‘..mmg menjadi..br ja bt ptg td..habuan kwn mnum teh …x rugi try..hgpa semua try la..sahih x nyesai πŸ˜˜πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Wan Aliza

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuih Cara

Kuih Cara

Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap.

Cucur Udang

Cucur Udang

Cucur udang ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato.

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

Last updated on 24 Januari 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI