Laman Utama > Resipi > Popia Goreng

Resepi Kuih Muih

Popia Goreng

by | 8 Apr 2023 | Kuih Muih

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share cara-cara nak buat popia goreng. Popia goreng ni sesuai untuk dijadikan sarapan pagi dan snek di waktu petang.

Mudah sangat untuk membuat popia goreng ni kerana penyediaannya tak lah susah sangat. Hanya perlu buat penyediaan inti dan sira gulanya sahaja. Rasanya yang manis bercampur pedas itulah yang menyebabkan popia ini sedap dimakan 😋.

Kad Resipi Cheq Na

Popia Goreng

BAHAN-BAHAN

  • 300g taugeh
  • 3 camca besar udang kering (ditumbuk)
  • 1 batang lobak merah
  • 1 paket kulit popia
  • 3 camca besar serbuk cili
  • 4 camca besar gula perang
  • Sedikit air
  • 2 camca besar biji bijan
  • 1/2 camca kecil garam
  • 1/2 camca besar tepung gandum

CARA MEMASAK

  • Mula-mula, kita potong lobak kita. Potong nipis-nipis.
  • Di dalam bekas baru kita masukkan taugeh, lobak merah dan udang kering. Taburkan sedikit garam dan kacau bagi sebati.
  • Bancuh tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pekat.
  • Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti. Kemudian gulung kulit popia. Letakkan sedikit air tepung di hujung sebagai gam.
  • Goreng popia dalam minyak penuh sehingga kekuningan. Lepas tu angkat dan toskan. 
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng bijan. Bila dah nampak sedikit perang, terus masukkan serbuk cili. Kacau sedikit lepas tu masukkan sedikit air. Biarkan dia seketika, sampai cili itu masak.
  • Bila nampak cili kita dah pecah minyak, masukkan gula perang dan kacau lagi.
  • Masak sehingga kuah kita pekat dan tutup api.
  • Tuangkan popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua popia kita. Dah siap dah!

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Popia ni memang rangup, krup krap krup krap! Buat lah jangan tak buat! “

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Terbaik cik na……

Rosidah Jusoh

Assalamualaikum cheq na baru jumpa..terima kasih byk BG resepi

Mazni Maira

❤️ U tqsm 😘 😘 😘

Yahti Sarman

Tu diaa!!!!, Nk tenguk juga laa …ni …tkasih Naa…

Jalilah Halias

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Kuih Cara

Kuih Cara

Rasa yang manis kuih cara itu sendiri membuatkan budak-budak suka akan kuih ini. Bahannya cukup mudah didapati dan aroma daun pandan membuatkan ia mempunyai citarasa dan bau yang sangat sedap.

Cucur Udang

Cucur Udang

Cucur udang ni sesuai dimakan bila-bila masa terutamanya di waktu pagi masa sarapan dan dijadikan snek di waktu petang. Sangat sedap dimakan dengan kuah kacang yang disediakan atau dengan sos cili dan sos tomato.

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Burger Malaysia ini agak pedas kerana isinya selalunya menggunakan sambal ikan bilis. Sesuai dengan selera orang Malaysia yang sukakan masakan pedas.

Last updated on 8 April 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI