Laman Utama > Resipi > Gulai Ikan Masin

Resepi Ikan

Gulai Ikan Masin

by | 11 Jul 2023 | Resepi Ikan

Dalam resepi kali ni, Cheq Na nak share macammana nak masak gulai ikan masin tumis darat utara style.

Memang dah terbukti sedap masakan ni bersama dengan nasi putih campur pulak dengan sambal belacan, memang terangkatlah. Resipi ni tak pedas sangat, so budak-budak pun boleh makan.

Kad Resipi Cheq Na

Gulai Ikan Masin

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 biji nenas
  • 1 kotak santan pekat
  • 5 camca besar serbuk kari ikan masin
  • 4 biji bawang kecil
  • 7 biji bawang putih
  • Sedikit daun kari
  • 4 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ekor ikan masin
  • 2 camca kecil biji sawi
  • Minyak masak
  • Air
  • 1 camca gula

CARA MEMASAK

  • Mula-mula kita potong bawang kecil, cili kering dan 4 biji bawang putih. Potong kecil-kecil dan ketepikan.
  • Potong bawang besar dan 3 biji bawang putih.
  • Lepas tu kita tumbuk guna lesung batu. Tumbuk agak-agak, kita tak mau dia hancur sangat.
  • Dalam bekas baru, masukkan serbuk kari ikan masin. Tuang sedikit air ke dalam bekas dan kacau bagi dia sebati.
  • Panaskan kuali dan tuangkan rempah kita buat tadi ke dalam kuali. Masukkan sedikit air lagi dan kacau.
  • Lepas tu, masukkan bawang besar dan bawang putih yang kita tumbuk tadi ke dalam kuali itu.
  • Kacau selama 5-8 minit sampai rempah kita mendidih, barulah kita masukkkan ikan masin.
  • Biarkan dia mendidih sekejap dan selepas tu baru masukkan nenas dan kacau.
  • Bila dah nampak kering sikit, baru kita masukkan santan pekat dan kacau lagi.
  • Lepas dia mendidih, masukkkan sedikit gula. Kacau dan tutup api.
  • Dalam kuali yang lain, tumis bawang kecil, cili kering, daun kari, bawang putih dan biji sawi hingga agak garing dan naik bau dengan api yang perlahan.
  • Tuang tumisan bawang dengan minyak ketika panas ke dalam kuali. Kacau lagi and DAH SIAP!!

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Haa… nampak tak sedapnya resepi gulai ikan masin ni? Jika hampa rasa resepi ni bagi manfaat kepada hampa semua, cuba komen di bawah cheq na akan reply…”

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Btw the curry looks so good! Keep up the good work!

Nasha Asim

Looks very delicious curry ikan masin campur nenas mkn dgn nasi panas2 ada rojak timun Dan tahu goreng kuah kacang mentimun sengkuang pecal kacang tanah uyump mkn ramai22 pasti enjoyed

Mariam Abdullah

Telioqqq sy tngok…nk kena cuba masak ni….nnti cheq na buat la nasi beriani plak 😋

Nurul Balqis

Jumpa laok ni tk leh diet.. 😂 tq ceq na..❤️ u.

Sudina Darus

Pekena kalu … boleh pi 2 pinggan ni. Tq for the receipe.

Razaki Ismail

All the best Check Na…it so delicious Kari Ikan Masin…. MasyaAllah… TVVMUCH Dear  😋 😋 😋 😘 💖🧕🏻👍 👍 👍

Aziea

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Ikan Goreng Masala

Ikan Goreng Masala

Ikan Goreng Masala ini dimasak dengan bahan rempah ratus dan ianya tidak berkuah dan kering. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik daun pisang.

Kari Ikan Mamak

Kari Ikan Mamak

Kari ikan mamak ni cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Kari ini sedap dimakan dengan nasi putih dan boleh dijadikan juga sebagai pencicah kepada lempeng atau roti. Resipi ni sangat popular di restoran mamak.

Gulai Ikan Nyok Nyok

Gulai Ikan Nyok Nyok

Dalam resipi gulai ikan nyok nyok ni Cheq Na ada masukkan tomato, tapi boleh digantikan juga dengan sayur terung jika sekiranya hangpa semua tak makan tomato. Resipi ni sangat popular di utara tanah air seperti di Kedah, Perlis dan Penang.

Last updated on 11 July 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI