Laman Utama > Resipi > Gulai Ikan Nyok Nyok

Resepi Ikan

Gulai Ikan Nyok Nyok

by | 9 Apr 2023 | Resepi Ikan

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share cara-cara nak masak gulai ikan nyok nyok.

Gulai ni sedap dimakan dengan nasi putih dan boleh dijadikan juga sebagai pencicah kepada lempeng atau roti. Dalam resipi gulai ikan nyok nyok ni Cheq Na ada masukkan tomato, tapi boleh digantikan juga dengan sayur terung jika sekiranya hangpa semua tak makan tomato. Resipi ni sangat popular di utara tanah air seperti di Kedah, Perlis dan Penang.

Kad Resipi Cheq Na

Gulai Ikan Nyok Nyok

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan nyok nyok
  • 5 camca besar serbuk kari ikan
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1 camca besar serbuk cili
  • 2 biji bawang besar
  • Air
  • 1 camca besar biji sawi
  • 5 biji bawang merah/kecil
  • 9 biji bawang putih
  • 3 helai daun bay
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 biji tomato
  • 4 biji cili besar
  • Sedikit daun ketumbar
  • Minyak masak

CARA MEMASAK

  • Mula-mula kita potong bawang merah, bawang putih, tomato, bawang besar dan cili besar. Potong kecil-kecil.
  • Panaskan kuali dan masukkan daun bay, biji sawi, bawang putih dan bawang merah. Masak sampai dia nampak garing.
  • Bila dia nampak garing, perlahankan api. Masukkan serbuk kari ikan, serbuk ketumbar dan serbuk cili dalam kuali dan kacau. Tuangkan sedikit air dan kacau lagi. Kacau selama 5-8 minit sampai rempah kita masak.
  • Lepas rempah kita dah masak dan kering, barulah kita masukkkan ikan kita. Masukkan sedikit air dan kacau sekejap.
  • Masukkan sedikit bawang besar dan kacau lagi. Biarkan dia mendidih sekejap.
  • Bila isi ikan kita dah masak. Masukkan air asam jawa dan biarkan dia mendidih sekejap lagi.
  • Bila dah nampak mendidih, masukkan tomato dan cili besar dan biarkan dia selama 5 minit.
  • Bagi perasa kita, masukkan sedikit garam dan daun ketumbar kacau lagi and DAH SIAP!!

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Jika hampa rasa resepi Cheq Na ni bermanfaat kepada hampa semua, silalah comment di bawah untuk Cheq Na bagi resepi-resepi yang padu lagi selepas ni.”

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Terbaikkk npk sdp sangat tq kak kongsi masakan πŸ˜‹ 😍
Kamarul Hisam

Cheq ikan nyok2 ikan apa org spore tk tahu cheq puan kasih tahu blh ke saya πŸ‘ πŸ‡ΈπŸ‡¬ 🀲 😘
Martinia Abdullah

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Gulai Ikan Masin

Gulai Ikan Masin

Memang dah terbukti sedap masakan ni bersama dengan nasi putih campur pulak dengan sambal belacan, memang terangkatlah. Resipi ni tak pedas sangat, so budak-budak pun boleh makan.

Ikan Goreng Masala

Ikan Goreng Masala

Ikan Goreng Masala ini dimasak dengan bahan rempah ratus dan ianya tidak berkuah dan kering. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik daun pisang.

Kari Ikan Mamak

Kari Ikan Mamak

Kari ikan mamak ni cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Kari ini sedap dimakan dengan nasi putih dan boleh dijadikan juga sebagai pencicah kepada lempeng atau roti. Resipi ni sangat popular di restoran mamak.

Last updated on 7 April 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI