Laman Utama > Resipi > Kari Ikan Mamak

Resepi Ikan

Kari Ikan Mamak

by | 11 Apr 2023 | Resepi Ikan

Salam semua … untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share macammana nak masak kari ikan mamak.

Resipi ni sangat popular di restoran mamak. Rasanya yang sedap, pedas-pedas dan masin menyebabkan ianya menu popular di Malaysia. Dalam resipi kari ikan mamak ni Cheq Na ada masukkan tomato, tapi boleh digantikan juga dengan sayur terung jika sekiranya hangpa semua tak makan tomato. Gulai ni sedap dimakan dengan nasi putih dan boleh dijadikan juga sebagai pencicah kepada lempeng atau roti. 

Kad Resipi Cheq Na

Kari Ikan Mamak

BAHAN-BAHAN

    • 1 ekor ikan gerut-gerut
    • 5 camca besar serbuk kari ikan
    • 1 camca besar serbuk ketumbar
    • 1 camca besar serbuk kunyit
    • 1 camca besar serbuk cili
    • 1 camca besar serbuk jintan manis
    • 2 1/2 camca besar halba campur
    • 5 biji bawang putih
    • 2 inci halia
    • 2 tangkai daun kari
    • 12 biji bawang kecil
    • 4 biji tomato (3 biji tomato berbelah dua, yang lagi satu potong kecil-kecil)
    • 3 biji cili besar (potong secara berbelah dua)
    • Sedikit daun ketumbar
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • Minyak masak

    CARA MEMASAK

    • Mula-mula potong bawang kecil, bawang putih dan halia. Potong kecil-kecil.
    • Lepas tu kita tumbuk guna lesung batu. Tumbuk agak-agak, kita tak mau dia hancur sangat.
    • Panaskan minyak, masukkan halba campur. Bila dah bau agak wangi, masukkan bahan yang kita tumbuk tadi. Biarkan sampai dia nampak garing.
    • Bila dah garing, masukkan daun kari dan tomato yang dipotong kecil-kecil
    • Bila dah nampak garing, perlahankan api. Masukkan serbuk kari ikan, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan serbuk cili dalam kuali dan kacau. Tuangkan sedikit air dan kacau lagi. Kacau selama 5-8 minit sampai rempah kita masak.
    • Lepas rempah kita dah masak dan kering, barulah kita masukkkan ikan kita. Masukkan sedikit air dan kacau sekejap.
    • Bila isi ikan kita dah masak. Masukkan air asam jawa dan biarkan dia mendidih sekejap lagi.
    • Bila dah nampak mendidih, masukkan tomato dan cili besar dan biarkan dia selama 5 minit.
    • Bagi perasa kita, masukkan sedikit garam dan daun ketumbar dan kacau lagi … DAH SIAP DAH !

    Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

    “Kebanyakan orang tak tahu cara nak masak menu ni.   Now, dah tau dah, buat lah tak rugi pun. Lepas ni dah tak payah order menu ni dekat kedai mamak dah, dekat rumah dah boleh makan”

    Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

    assalamualaikum kak,, terima kasih resipinya. tadi sye guna resipi kak time nak buka puasa,, sumpah ssedap dan memang menjadi . terima kasih sekali lagi

    Nur Natasya Amira Binti Rosli

    Just tried out this recipe, and OMG! I cannot believe this came from my kitchen😂. Super delicious!! Tks so much for sharing this recipe, Sis! Have subscribed and will definitely be trying out more of your recipes 😍

    Iksha Kranti

    Terima kasih cheq na….sedap resepi ni..alhmdulillah..sy yg jarang masak kari pun hasilnya jd sedap..

    Afiqah Dzul

    Terbaikk la che na. Saya orang selatan tapi suka mkn masakan orang utara especially kari ikan utara yg tak guna santan dan pakai rempah campur..memang sedap..

    Iqbal Qushairy

    Assalammualaikum Cheq Na.. Salam Jumaat. Terima kasih atas perkongsian resepi Kari Ikan Mamak Cheq Na Style. Anak ckp sedap.. pekat² kuahnya mcm kat kedai mamak. Saya guna ikan bawal emas.. mabeles la.. bertambah² anak² makan.

    Elly Mazli

    Hi. CheqNa. U cooked this curry mamak fish indoor so great taste outside we cant taste same with your skills so delicious im acook but i cooking with canteen or home family so powerful CheqNa thanks 2u

    Loh Yoke Yin

    Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

    Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

    0 Comments

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

    Gulai Ikan Masin

    Gulai Ikan Masin

    Memang dah terbukti sedap masakan ni bersama dengan nasi putih campur pulak dengan sambal belacan, memang terangkatlah. Resipi ni tak pedas sangat, so budak-budak pun boleh makan.

    Ikan Goreng Masala

    Ikan Goreng Masala

    Ikan Goreng Masala ini dimasak dengan bahan rempah ratus dan ianya tidak berkuah dan kering. Menu ini adalah menu wajib dihidangkan di restoran India. Selalunya dimakan bersama nasi yang dilapik daun pisang.

    Gulai Ikan Nyok Nyok

    Gulai Ikan Nyok Nyok

    Dalam resipi gulai ikan nyok nyok ni Cheq Na ada masukkan tomato, tapi boleh digantikan juga dengan sayur terung jika sekiranya hangpa semua tak makan tomato. Resipi ni sangat popular di utara tanah air seperti di Kedah, Perlis dan Penang.

    Last updated on 11 April 2023

    PROFIL CHEQ NA

    ZARINA YATIM MUSTAFA

    Food Recipe Content Creator

    Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

    "Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

    MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

    Join Cheq Na!

    Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

    MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI