Laman Utama > Resipi > Daging Goreng Berempah

Resepi Daging

Daging Goreng Berempah

by | 24 Jan 2023 | Resipi Daging

Salam semua, untuk resipi yang pertama ni, Cheq Na nak share resipi macammana nak masak daging goreng berempah.

Resipi ni memang sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi basmathi, nasi minyak, nasi lemak … boleh kata semua jenis nasi lah. Resipi Cheq Na ni memang pedas, selera orang Utara lah katakan. Jadi, kalau takut pedas berapi🔥tu, kurangkanlah cabai hidup tu. . Cara nak masak resipi ni mudah saja. Tumbuk semua bahan-bahan dia, goreng daging tu, pas tu campur semua. Dah siap …. senang sangat. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dekat bawah ni … JOM, kita tengok kad resipi di bawah nie …

Kad Resipi Cheq Na

Daging Goreng Berempah

BAHAN-BAHAN

  • Daging
  • Serbuk kari daging (Cheq Na pakai serbuk kari daging Baba’s)
  • Cabai besar dan cabai melaka
  • Gula
  • Garam
  • Minyak masak
  • Air asam jawa
  • Bawang putih
  • Belacan

CARA MEMASAK

  • Mula-mula, kita kena potong daging nipis-nipis. Jangan lupa, potong lawan urat.
  • Kita campurkan garam, serbuk kari daging dan daging ke dalam satu bekas. Kita salut daging tu dengan garam dan serbuk kari daging satu per satu sampai habis.
  • Lepas tu kita perap dia selama 2-3 jam.
  • Semasa proses perapan tu, kita potong cili besar, cili melaka, bawang putih dan bawang besar.
  • Kita tumbuk bahan-bahan yang kita potong tadi dengan menggunakan lesung batu sampai separuh lumat.
  • Selepas 2-3 jam, baru kita boleh goreng daging kita. Petua untuk menggoreng daging ni adalah dengan memanaskan minyak kita dahulu sebelum menggoreng.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng daging tadi, kita tumiskan bahan-bahan yang kita potong dan tumbuk tadi.
  • Masukkan sedikit air dari lesung batu ke dalam tumisan.
  • Masukkan garam, asam jawa dan gula.
  • Lepas tu, kita masukkan daging yang kita goreng tadi.
  • Kacau sampai sebati
  • Dah siap dah resepi daging goreng berempah kita

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Memang senang sangat nak buat resipi ni. Barang-barang dia pun mudah sangat nak dapat. Untuk orang yang mula-mula nak start masak ni, Cheq Na rekemen resipi ini lah. Pasti terangkat punya!. Hah … cubalah, jangan tak cuba. “

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Terbaik cek Na, sya suka tengok cara memasak cek Na…jelas dn cepat faham…terima kasih ye, semoga terus maju jaya

Nur Imah

Chek na ni memang pandai masak la

Mira Abu Bakar

Saya Suka tengok che Na masak Dan loghat che Na ckp saya faham sangat

Wan Mahaya Wan Jaafar

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Daging Goreng Sos Tiram

Daging Goreng Sos Tiram

Daging goreng sos tiram ini sesuai sangat dimakan bersama nasi putih, nasi tomato dan nasi minyak. Ianya amat pedas disebabkan oleh jumlah cili yang Cheq Na gunakan di dalam resipi ini. Menu ni tak sesuai untuk kanak-kanak kerana terlampau pedas 🔥

Daging Masak Hitam

Daging Masak Hitam

Daging masak hitam ini sangat sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan tak lupa juga, ketupat dan pulut kuning. Ianya sangat mudah disediakan kerana semua bahan dimasukkan di dalam periuk saja. Tak perlu tumis dan tak perlu santan semasa memasaknya. Jom kita tengok kad resipi Cheq Na kali ni, daging masak hitam …

Last updated on 24 Januari 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI