Laman Utama > Resipi > Daging Goreng Sos Tiram

Resepi Daging

Daging Goreng Sos Tiram

by | 7 Apr 2023 | Resipi Daging

Untuk resepi kali ni, Cheq Na nak share macammana nak masak daging goreng sos tiram. Ianya sangat mudah disediakan, cuma goreng dan dimasukkan sos tiram di bahagian akhir masakan.

Daging goreng sos tiram ini sesuai sangat dimakan bersama nasi putih, nasi tomato dan nasi minyak. Ianya amat pedas disebabkan oleh jumlah cili yang Cheq Na gunakan di dalam resipi ini. Menu ni tak sesuai untuk kanak-kanak kerana terlampau pedas πŸ”₯

Kad Resipi Cheq Na

Daging Goreng Sos Tiram

BAHAN-BAHAN

  • 300g daging
  • 3 biji bawang besar
  • 7-8 biji bawang putih
  • 26 biji cili hidup / cabai melaka
  • 5 batang serai
  • 1 biji halia
  • 1 camca serbuk kunyit
  • 1 camca kecil garam
  • 3 camca besar sos tiram
  • Minyak masak yang secukupnya

CARA MEMASAK

  • Mula-mula, kita kena potong daging nipis-nipis. Jangan lupa, potong lawan urat.
  • Kita campurkan garam, serbuk kunyit dan daging ke dalam satu bekas.
  • Kita salut daging tu dengan garam dan serbuk kunyit satu per satu sampai habis.
  • Lepas tu kita perap dia selama 5-10 minit.
  • Semasa proses perapan tu, kita potong halia, serai, cili melaka, bawang putih dan bawang besar.
  • Kita tumbuk halia dan serai yang kita potong tadi dengan menggunakan lesung batu. Tumbuk secara kasar sahaja.
  • Selepas 5-10 minit, baru kita boleh goreng daging kita. Petua untuk menggoreng daging ni adalah dengan memanaskan minyak kita dahulu sebelum menggoreng.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama untuk menggoreng daging tadi, kita tumiskan bahan-bahan yang kita potong dan tumbuk tadi.
  • Lepas tu, kita masukkan daging yang kita goreng tadi.
  • Kacau sampai sebati
  • Dah siap dah resepi daging goreng sos tiram kita. Selamat mencuba πŸ₯°

    Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

    “Macam biasa, cara nak masak dia, kena tengok video lah lagi senang. Nak tulis cara nak masak macam zaman mak-mak kita dulu memang susah.”

    Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

    Terbaik resepi , sedappp πŸ‘ πŸ˜‹πŸ˜‹

    Rugi tk tgk , lps subscribe

    Naimah Mohd Noor

    Jom Cheq Na ….nnt lih buat buka puasa….

    Jalilah Alias

    Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

    Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

    0 Comments

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

    Daging Masak Hitam

    Daging Masak Hitam

    Daging masak hitam ini sangat sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan tak lupa juga, ketupat dan pulut kuning. Ianya sangat mudah disediakan kerana semua bahan dimasukkan di dalam periuk saja. Tak perlu tumis dan tak perlu santan semasa memasaknya. Jom kita tengok kad resipi Cheq Na kali ni, daging masak hitam …

    Daging Goreng Berempah

    Daging Goreng Berempah

    Resipi ni memang sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi basmathi, nasi minyak, nasi lemak … boleh kata semua jenis nasi lah. Resipi Cheq Na ni memang pedas, selera orang Utara lah katakan. Jadi, kalau takut pedas berapiπŸ”₯tu, kurangkanlah cabai hidup tu

    Last updated on 7 April 2023

    PROFIL CHEQ NA

    ZARINA YATIM MUSTAFA

    Food Recipe Content Creator

    Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

    "Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

    MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

    Join Cheq Na!

    Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

    MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI