Laman Utama > Resipi > Daging Masak Hitam

Resepi Daging

Daging Masak Hitam

by | 11 Feb 2023 | Resipi Daging

Untuk resipi kali ni, Cheq Na nak memperkenalkan resipi turun temurun keluarga Cheq Na yang cukup sedap dan cukup mudah. Nama resipi ini ialah daging masak hitam.

Daging masak hitam ini sangat sesuai dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dan tak lupa juga, ketupat dan pulut kuning. Ianya sangat mudah disediakan kerana semua bahan dimasukkan di dalam periuk saja. Tak perlu tumis dan tak perlu santan semasa memasaknya. Jom kita tengok kad resipi Cheq Na kali ni, daging masak hitam …

Kad Resipi Cheq Na

Daging Masak Hitam

BAHAN-BAHAN

  • 300 gram daging lembu
  • Secukup rasa buah pelaga / bunga lawang / kulit kayu manis / bunga cengkih
  • Sehelai daun bay
  • 2 1/2 – 3 camca besar serbuk cili
  • Halia sebesar ibu jari
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang besar
  • 1 camca besar air asam jawa
  • 2 camca besar kicap pekat
  • 4 camca besar kicap manis
  • 4 camca besar minyak masak

CARA MEMASAK

  • Potong bawang besar ( Tip πŸ’‘: Cara potongan ialah potongan dadu )
  • Masukkan daging ke dalam periuk kita
  • Masukkan bawang yang telah dipotong ke dalam periuk yang sama bersama dengan daging
  • Tumbuk bawang putih dan halia dan masukkan ke dalam periuk yang sama
  • Masukkan serbuk cili ke dalam periuk yang sama
  • Masukkan minyak ke dalam periuk yang sama
  • Masukkan buah pelaga / bunga lawang / kulit kayu manis / bunga cengkih ke dalam periuk yang sama ( Tip πŸ’‘: Keluarkan biji buah pelaga dan masukkan ke dalam periuk yang sama )
  • Masukkan kicap pekat ke dalam periuk yang sama
  • Masukkan kicap manis ke dalam periuk yang sama
  • Kacau ramuan dan masukkan sedikit air untuk empukkan daging
  • Panaskan periuk sampai daging menjadi empuk ( Tip πŸ’‘: Tutup periuk untuk mendapatkan pemanasan yang sekata )
  • Kacau ramuan sekali sekala sampai air di dalam periuk menjadi kering
  • Masukkan sedikit garam dan air asam jawa
  • Kacau hingga sebati … dah siap dah …

Video Tutorial Cheq Na Di YouTube

“Menu ni terlampau mudah tapi hasilnya terlampau sedap πŸ˜‹ … Inilah menu Cheq Na dan keluarga bila malam hari raya kerana ianya terlampau mudah dah sedap”

Testimoni Dari Media Sosial Cheq Na

Saya suka sgt chanel cik na.. Sbab straight to the point jer.. Senang mudah paham.. Description pun ada!! Terbaek lah cik na 😍😍😍

Minie Rose

Baru tenguk…. Daging masak hitam cheq Na.. πŸ‘ Dah try arini… mudah dan sedap… I like it…. πŸ€—

Siti Mariam Manaf

Iya ampun rupanya bole masok skli semua,mmng mnjd sdp pn sama jak… Tq kak

Herni Herni

Dah cuba …sedap sgt

Mohd Zaidi Dimon

Dh buat..memang sedap,boleh lah saya eksyen ngn org rmh sy… πŸ‘πŸ‘

Kaka

Nampak Sedap Dak Resepi Ni? Cer Komen Sket …

Sedap ka, tak sedap ka, mudah ka, susah ka … cer komen sket

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheq Na Rekemen Resipi Ni Jugak …

Daging Goreng Sos Tiram

Daging Goreng Sos Tiram

Daging goreng sos tiram ini sesuai sangat dimakan bersama nasi putih, nasi tomato dan nasi minyak. Ianya amat pedas disebabkan oleh jumlah cili yang Cheq Na gunakan di dalam resipi ini. Menu ni tak sesuai untuk kanak-kanak kerana terlampau pedas πŸ”₯

Daging Goreng Berempah

Daging Goreng Berempah

Resipi ni memang sesuai dimakan dengan nasi putih, nasi basmathi, nasi minyak, nasi lemak … boleh kata semua jenis nasi lah. Resipi Cheq Na ni memang pedas, selera orang Utara lah katakan. Jadi, kalau takut pedas berapiπŸ”₯tu, kurangkanlah cabai hidup tu

Last updated on 24 Januari 2023

PROFIL CHEQ NA

ZARINA YATIM MUSTAFA

Food Recipe Content Creator

Salam semua. Cheq Na buat website ni dengan tujuan untuk berkongsi resepi. Resepi-resepi Cheq Na semuanya mudah-mudah dan sedap-sedap. Kalau tak percaya, cubalah masak resepi cara Cheq Na ni.

"Tak sedap bagitau Cheq Na, sedap bagitau kawan-kawan"

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI

Join Cheq Na!

Subscribe Emel Cheq Na Untuk Dapatkan Notifikasi Terkini

MAI IKUT CHEQ NA KAT SINI